Wednesday, June 15, 2011

Puding Laici Ala Kampong..

Assalamualaikum..

Opah nak kongsi satu resepi arini yer..

Puding Laici Ala Kampong..

Sedap!!!!!!!!!!!

Sekali Rasa Pasti Nak Lagi.. Nak2x kalu baru pas kuar peti..
Anak2x buah opah, memang minat ngan puding ni.. Tiap kali Opah balik kampong je, 
mesti diorang request puding laici satu..
Alkisahnyer puding ni dinamakan Puding Laici Ala Kampong..

Bahan- bahannya:
1) Agar-agar
2) Susu Krimer Sejati
3) Laici Segera (yg dalm tin tu)
4)Air
5) Gula
6) Garam

Cara-cara membuatnya :
1)  Air dididihkan dan masukkan agar-agar. 
2) Kacau sehingga sebati dan masukkan sedikit garam. 
3) Kemudian masukkan gula dan susu krimer sejati.
4) Masukkan laici segera.
5) Kacau sehingga sebati.
6) Tuang ke dalam dulang dan sejukkan.
7) Untuk rasa yang sungguh menyegarkan, masukkannya ke dalam peti sejuk. dan
HIDANG!!!!!

Tip: Air untuk didihkan agar-agar tu, agak2x je...Lebih kurang agar-agar kite tu tenggelam la..
Dua tin susu krimer bersamaan dengan satu agar-agar.

SELAMAT MENCUBA...

RUGI KALAU TAK CUBA!!!




Thursday, December 30, 2010

Unsur-unsur Tradisi Di dalam Perlembagaan

Assalamualaikum

1.0 PENDAHULUAN
Mengikut kamus dewan edisi keempat, dari sudut bahasa perlembagaan boleh didefinisikan sebagai dasar pemerintahan negeri[1]. Manakala, dari segi istilah pula, perlembagaan membawa pengertian satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu.[2]  Perlembagaan dibentuk dengan mengambil kira perkembangan sejarah negara sebelum dan selepas penjajahan. Ia berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, sistem berpolitik, bentuk sesebuah kerajaan serta menjamin perlindungan rakyat. Tanggungjawab serta kewajipan setiap rakyat terhadap negara turut dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia turut memainkan peranan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia.
2.0 KONSEP PERLEMBAGAAN
Tedapat beberapa definisi yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh bagi konsep perlembagaan antaranya ialah A. S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary menyatakan bahawa perlembagaan merupakan  satu sistem berkerajaan di mana undang-undang dan prinsip-prinsip kerajaan tersebut berpandukan bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah.
Manakala, Geoffrey Marshall dan Graeme C.Moodie dalam Some Problems of the Constitution, mendefinisikan perlembagaan sebagai satu komposisi (gabungan) dan fungsi kepada prinsip bahagian-bahagian tertentu sesebuah negara yang mengawal kerajaan atau badan yang dikenali sebagai rakyat.
R.N. Gilchrist dalam bukunya Principles of Political Science pula menyatakan
perlembagaan mengandungi satu badan atau peraturan bertulis atau tidak bertulis yang dapat mengenal pasti kerajaan yang dibentuk, satu pembentukan kuasa untuk pelbagai organisasi kerajaan dan prinsip-prinsip umum yang akan menggunakan kuasa ini.
Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan bahawa perlembagaan ialah undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir Negara. Ia merupakan sejenis undang-undang yang boleh dikuatkuasakan dan terbahagi kepada perlembagaan bertulis dan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Perlembagaan Malaysia merupakan contoh perlembagaan bertulis. Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada Negara.

3.0 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan.  Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspek termasuklah institusi beraja, agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.
Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.
Ini menunjukkan betapa pentingnya  unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu.
Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah Melayu pada ketika itu.


3.1 Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Unsur tradisi yang pertama adalah kedudukan istimewa orang Melayu telah termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di negeri Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain.          
Pada mulanya, peruntukan yang mengutamakan penduduk peribumi Melayu tidak diperlukan dalam beberapa perjanjian yang ditandatangani antara raja-raja Melayu dengan kerajaan British. Ini dibuat berasaskan anggapan bahawa negara ini ialah sebuah negara Melayu, dan tiada sesiapa pun semasa itu mempersoalkan hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
Keadaan ini mula berubah selepas beberapa perjanjian ditandatangani dengan kerajaan British yang memaksa raja-raja Melayu menurut nasihat British dalam semua perkara yang melibatkan pentadbiran kecuali berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini, tanpa disedari menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sedikit demi sedikit.
Keadaan ini diburukkan lagi akibat dasar pintu terbuka British pada awal ke-20 yang membawa masuk ramai kaum imigran ke tanah Melayu untuk bekerja di lombong bijih timah dan ladang getah. British membiarkan orang Melayu terus kekal di luar bandar, tanpa berpeluang melibatkan diri dalam arus pembangunan ekonomi.
Kembalinya British pada tahun 1946 selepas Jepun menduduki Tanah Melayu 1942-1945, Parti Buruh sebagai pemerintah Britain telah membawa dasar politik yang berbeza. British dengan tegas mahu melaksanakan penjajahan fizikal ke atas Tanah Melayu sepenuhnya. Untuk itu kuasa Raja-raja Melayu dihapuskan secara perlembagaan dan kebudayaan, negeri Melayu dijadikan satu dengan nama Malayan Union dan perundangan Tanah Melayu dibuat oleh Parlimen British. British ingin membentuk satu konsep negara yang baru, yang tidak lagi berasaskan Melayu sebaliknya Malayan. Dalam Perlembagaan Malayan Union[3] 1946, bukan sahaja hak dan keistimewaan orang Melayu tidak disebut, tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu dikurangkan sehingga ke peringkat untuk keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Malah kuasa undang-undang dan kedaulatan negeri-negeri Melayu diletakkan dalam kuasa kerajaan British dan satu bentuk kerakyatan yang seragam diadakan.[4]
Bagi mententeramkan orang Melayu terhadap penentangan Malayan Union[5], British memberikan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Oleh itu, orang Melayu mendapat semula hak dan kedudukan mereka. Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan diberi tanggungjawab khas ‘melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain'[6] di bawah perlembagaan itu.
Selepas merdeka, tanggungjawab khas Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan dipindahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Setelah Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedudukan dan hak istimewa kaum Bumiputera di kedua-dua negeri itu diiktiraf dan serta menjadi sebahagian daripada tanggungjawab khas Yang di-Pertuan Agong.
‘Kedudukan istimewa orang Melayu' di bawah Perkara 153 bermaksud:
a)    Yang di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan, kemudahan pendidikan serta lesen untuk perniagaan dan perdagangan.
b)    Tanggunjawab khas ini perlu dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan berhati-hati supaya tidak mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam, penarikan sebarang biasiswa, keistimewaan atau perlucutan dan penamatan permit yang dinikmati oleh sesiapa pun. Ini bertujuan untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang berasa diaiayai atau diabaikan.
Orang Melayu menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perkara 160, membawa erti seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdekadan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura, atau ialah zuriat seseorang yang demikian.
Bumiputera di Sabah dan Sartawak pula ialah:
1.    Di Sarawak :  mana-mana suku kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadazan, Kelabit, Kayan, Kenyah,Kajang,Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut.
2.    Di Sabah : anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah.
Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak-hak orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak ada dinyatakan dalam Perkara 153. Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera meliputi: Bidang Perkhidmatan Awam – Perkara 153 (2, 3 dan 4); Bidang Ekonomi – Perkara 153 (6) dan Bidang Pelajaran – Perkara 153 (2, 3 dan 4). Selain itu, kedudukan istemewa orang Melayu dan bumiputera yang lain juga terdapat dalam peruntukan Perkara 89 dan 90, iaitu berhubung dengan tanah rizab Melayu; dan Perkara 8(5)(f) berkenaan kemasukan orang Melayu dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu sebagaimana dikuatkuasakan. Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

3.2  Bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan
Unsur tradisi seterusnya yang disentuh dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 melalui Perkara 152 adalah bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Dalam fasal tersebut telah disebutkan bahawa, ‘bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan akan kekal seperti itu seperti yang diperuntukkan oleh Parlimen, dengan peruntukan bahawa (a) tidak ada seseorang pun yang akan dihalang dari menggunakan (kecuali hal-hal rasmi), atau mengajar atau mempelajari bahasa-bahasa lain dan (b) tidak ada sebarang peruntukan dalam fasal ini yang boleh mengganggu hak kerajaan persekutuan atau sebarang kerajaan negeri untuk memelihara dan memperkembangkan dan pengkajian bahasa komuniti lain.’[7]
Konsep memberikan taraf kebangsaan kepada bahasa itu jauh lebih luas dan mempunyai lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi semata-mata. Kesan utama yang dapat dilihat ialah apabila bahasa Melayu di angkat tarafnya sebagai bahasa Kebangsaan secara automatiknya bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantara dalam semua maksud rasmi[8]. Ini bermaksud bahasa selain bahasa Melayu hanya boleh dipelajari dan digunakan dalam urusan tidak rasmi.
Sebelum Perang dunia kedua, bahasa Melayu digunakan secara meluas untuk tujuan-tujuan rasmi seperti dalam mesyuarat, urusan surat menyurat, penulisan minit mesyuarat dan prosiding perundangan negeri-negeri Melayu dalam kebanyakan negeri Melayu terutamanya Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Bahasa Melayu telah menjadi lingua franca di nusantara pada masa itu. Namun selepas perang keadaan mula berubah akibat penerimaan[9] sistem perundangan British, perjanjian Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu serta bertambah ramainya bilangan rakyat yang berpendidikan Inggeris. Ini menyebabkan bahasa Inggeris mula mula diterima sebagai bahasa pentadbiran dan digunakan dalam dalam beberapa bidang kegiatan kerajaan walaupun bahasa Melayu masih digunakan dalam beberapa bidang urusan kerajaan.
Perlembagaan Malayan Union ada menyebut bahawa bahasa rasmi[10] untuk mesyuarat Raja-raja ialah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Begitu juga bahasa rasmi[11] yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Kerja Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri-negeri Selat. Namun begitu, setelah Malayan Union dimansuhkan, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tetap mengekalkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan kecuali catatan dalam bentuk penulisan mestilah dibuat di dalam bahasa Inggeris.[12]
Penghakisan sedikit demi sedikit penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi mula membimbangkan beberapa golongan cendekiawan dan tokoh pada masa itu termasuklah Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai yang berpendapat bahawa ini merupakan tanda penjajahan British yang sangat ketara ke atas negeri-negeri Melayu dan masyarakat Melayu[13].
Pencapaian kemerdekaan pada tahun 1957 telah membawa satu sinar baru kepada bahasa Melayu di bawah Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan walaupun memberi satu persoalan politik yang besar di kalangan parti politik dan persatuan quasi politik di Semenanjung.


3.3 Agama islam sebagai agama rasmi
Agama Islam menjadi agama anutan orang Melayu sejak lebih 600 tahun lalu. Walaupun dijajah oleh tiga kuasa asing, iaitu Portugis, Belanda dan British, orang Melayu masih kuat berpegang kepada ajaran Islam. Peralihan daripada satu kuasa penjajah kepada satu kuasa penjajah yang lain tidak menjejaskan pegangan orang Melayu terhadap agama Islam.
Sungguhpun British berjaya mendapat hak untuk menasihati raja dalam semua urusan pemerintahan, tetapi mereka tidak menyentuh sama sekali agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Selepas merdeka, kedudukan agama Islam terus terpelihara dan menjadi agama rasmi persekutuan. Namun, agama-agama lain masih boleh diamalkan dengan bebas dalam mana-mana bahagian Persekutuan. Ini telah dijelaskan dalam Perkara 3 bahawa bahawa agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.[14]
Selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, kerajaan pusat diberi kuasa untuk membelanjakan wang bagi tujuan pentadbiran agama islam dan  undang-undang Syariah. Penerimaan Islam sebagai agama Persekutuan membolehkan kerajaan pusat atau negeri menubuh, menyelenggara dan membantu pertubuhan-pertubuhan Islam.[15] Pelbagai bantuan disediakan untuk tujuan ini seperti peruntukan perbelanjaan bagi keperluan majlis-majlis keagamaan.



3.4 Pemerintahan Beraja
Sebelum kedatangan penjajah, negeri-negeri Melayu telah berabad-abad amalkan sistem pemerintahan beraja. Raja berkuasa secara mutlak dalam semua urusan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Baginda dibantu oleh para pembesar negeri.
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, raja-raja Melayu masih diiktiraf sebagai pemerintah yang berdaulat dan berkuasa penuh di negeri masing-masing. Namun dalam sesetengah perkara, mereka dikehendaki mematuhi nasihat para pegawai British yang dilantik sebagai Residen atau Penasihat British. Keadaan ini berlanjutan sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Selepas pendudukan Jepun, kerajaan British bercadang untuk menubuhkan satu bentuk pemerintahan bercorak kesatuan yang dikenali sebagai Malayan Union. Melalui cadangan Malayan Union ini, raja-raja kekal sebagai pemerintah atas nama dan kuasa mereka dihadkan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Setelah mendapat bantahan hebat daripada orang Melayu, Malayan Union dibubar dan gantikan dengan satu perlembagaan baharu yang dikenali sebagai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Perlembagaan baharu ini sedikit sebanyak telah memulihkan semula kedudukan raja-raja Melayu. Setelah merdeka, institusi pemerintahan beraja terus dikekalkan mengikut lunas-lunas perlembagaan selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkan. Seiring dengan itu, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas institusi beraja untuk disesuaikan dengan amalan demokrasi berparlimen.
Sistem beraja mutlak terus dimansuh dan digantikan dengan sistem raja berpelembagaan. Di bawah sistem ini, raja-raja dikehendaki menerima nasihat anggota Kabinet dan bertindak menurut nasihat-nasihat itu.


4.0 KEWAJARAN KEWUJUDAN UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN
Unsur tradisi dianggap sebagai faktor penting dalam proses pembinan negara bangsa serta kearah mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman bagi mencapai perpaduan. Perkara-perkara ini menjadi punca keutuhan hubungan etnik di Malaysia. Segala apa yang nampak berpihak diseimbangkan dengan hak yang sewajarnya. Sebagai contoh; kedudukan Islam sebagai agama rasmi diseimbangkan dengan peruntukan kebebasan menganut agama lain bagi yang bukan Islam. Ini menyebabkan berlaku toleransi di kalangan warganegara dan tidak memaksa pihak yang lain. Di sinilah hubungan etnik menjadi semakin utuh dan erat.

4.1 Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi negara merupakan satu pilihan yang tepat apabila aspek sejarah dipertimbangkan. Berdasarkan sejarah, bahasa Melayu telahpun menjadi lingua franca sekian lamanya (Salleh Abbas, 1986) sebagai contoh pada zaman penjajah lagi bahasa melayu telah dijadikan bahasa rasmi. Bahasa Melayu juga kini merupakan antara bahasa utama Malaysia apabila jelas terlihat dengan penyertaan masyarakat dunia mewakili 54 buah negara dalam pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) edisi kelima tahun ini.[16] Matlamat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah  untuk menyatupadukan pelbagai kaum ke arah membentuk sebuah negara yang bersatu melalui satu bahasa yang sama digunakan oleh semua lapisan rakyat. Di samping itu, bahasa ibunda lain tidak tergugat. Bahasa Melayu juga boleh menjadi alat untuk membentuk satu bangsa, satu negara dan satu bahasa yang teguh.
Oleh itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006 telah dikeluarkan bagi memaklumkan akan langkah-langkah memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam. Antara isi kandungannya ialah: 
“2. memastikan semua pegawai dan kakitangan Kerajaan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul dalam semua urusan rasmi, sama ada secara tulisan mahupun lisan, dengan rakan sekerja dan apabila berurusan dengan pelanggan (kecuali urusan yang melibatkan negara asing dan  untuk  tujuan  melatih  pegawai dan kakitangan supaya fasih berkomunikasi dalam bahasa asing)”
Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan mestilah diselarikan dengan dasar pendidikan kebangsaan. Seperti yang dinyatakan didalam Dasar Pelajaran Kebangsaan[17] yang menekankan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan Akta Pelajaran 1961 telah melaksanakan dasar tesebut. Ini kerana melalui sistem pendidikan pemupukan negara bangsa merdeka akan dapat dipupuk dan dikembangkan supaya perpaduan rakyat dapat dilahirkan dengan lebih mudah. ‘Nation Building’ bagi sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia perlukan satu ejen yang berkesan untuk mencapai matlamat itu; pendidikan adalah pemangkin yang penting bagi proses pembinaan perpaduan politik dan sosioekonomi masyarakat negara ini.[18] Cendekiawan negara Profesor Diraja Ungku Aziz juga bersetuju bahawa Bahasa Melayu mampu membawa kepada perpaduan dengan mengatakan bahawa “keunikan Bahasa Melayu boleh menjadi alat komunikasi bagi memantapkan lagi perpaduan kaum yang telah lama wujud.”[19] Beliau juga menegaskan bahawa sistem pembelajaran amat penting untuk mewujudkan perpaduan negara agar lebih mamtap dan ampuh.
Fenomena masyarakat Malaysia kini seperti tidak mahu mengiktiraf Perkara 152 yang terkandung dalam perlembagaan. Hal ini kerana terdapat papan tanda yang mempunyai empat bahasa. Jika masyarakat asing datang kenegara kita, semestinya mereka pening dan marasakan bahasa rasmi negara ini  ada empat. Selain itu, turut membimbangkan masyarakat seperti malu menggunakan bahasa Melayu. Sektor swasta juga kini berurusan dengan sektor awam menggunakan bahasa Inggeris. Sepatutnya  segala urusan surat menyurat, urusan dengan imegresen, kastam, tender, perlesenan, perbankan, percukaian, pendaftaran dilakukan dalam bahasa MelayuTerdapat juga, sesetengah masyarakat Cina dan India yang tidak fasih berbahasa Melayu dan hanya tahu bahasa ibunda mereka sahaja. Golongan seperti ini kebiasaannya merupakan duri  yang membawa kepada perpecahan kaum di Malaysia dan penghalang kepada perpaduan.
Kesimpulannya, sebaiknya rakyat Malaysia harus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan.

4.2 Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang bersatu padu. Agama Islam telah ditetapkan sebagai agama Persekutuan kerana Islam telah lama bertapak di Tanah Melayu semenjak daripada dahulu lagi. Agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah. Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan.
Berdasarkan falsafah Islam “membebaskan manusia daripada perhambaan sesama manusia”, maka perlembagaan yang baik pasti akan menghormati hak-hak rakyat dalam negara tersebut, dan tidak cuba memaksa rakyat memperhambakan diri mereka kepada ideologi pemerintah. Peruntukan undang-undang seperti ini menunjukkan bahawa pemerintah amat bertoleransi dengan kaum-kaum lain yang mengamalkan agama yang berbeza. Perkara ini diberikan perhatian supaya masyarakat lain tidak berasa diketepikan atau ditindas dalam soal agama. Ini seterusnya akan dapat mewujudkan persefahaman dan permuafakan ke arah perpaduan di kalangan pelbagai kaum dan agama.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin baru-baru ini bertitah agar rakyat hendaklah tidak mempersoalkan lagi kepentingan peribadi hak-hak lain  yang boleh menggugat perpaduan. Titah baginda berbunyi “Walaupun Islam adalah agama Persekutuan, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman damai,malah hari-hari perayaan agama yang mempunyai penganut teramai dijadikan hari cuti umum.”[20] . Dalam titah baginda tersebut jelas menunjukkan bahawa Malaysia masih tetap memberi hak sewajarnya kepada agama-agama lain dan menunjukkan amalan keserdehanaan dan keterangkuman seperti yang dianjurkan oleh Islam diamalkan dengan subur di negara ini. Oleh itu, kaum-kaum lain seharusnya memperakui Perkara 3 yang termaktub dalam perlembagaan.
Perkara yang amat menyedihkan baru-baru ini ada pihak yang seolah-olah cuba melenturkan dan menentang perlembagaan terutamanya Perkara 3 iaitu agama islam merupakan agama rasmi negara apabila menimbulkan isu portfolio baru bagi menjaga hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang.[21] Hal seperti ini seharusnya tidak boleh timbul kerana rakyat perlu akui dan mengiktiraf Perkara 3.
Kesimpulannya, dalam membentuk negara bangsa, sememangnya Perkara 3 harus dipertahankan dan sebulat suar.

4.3 Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
            Rasionalnya kedudukan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan sarawak di beri keistimewaan dan dipelihara oleh Yang di-Pertuan Agong ialah kerana mereka merupakan penduduk pribumi negara ini. Walaupun dari satu sudut peruntukan khas ini seolah-olah bercanggah dengan kesamarataan layanan perlembagaan ke atas semua warganegara persekutuan, namun ia satu pertimbangan untuk menyamakan taraf kaum bumiputera dengan kaum-kaum yang lain khususnya Cina di tanah air bagi menjamin mewujudkan keseimbangan, khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan agihan kekayaan khususnya kepada kaum yang masih lemah dan ketinggalan menjelang kemerdekaan.[22] Keistimewaan kouta Melayu ini juga adalah bagi membantu masyarakat Melayu dan bumiputera untuk membaiki taraf hidup mereka yang telah jauh ketinggalan daripada kaum lain. Kerana kita dapat lihat dengan jelas sekarang walau bagaimanapun, atas sebab apa pun, masyarakat Melayu masih lagi di belakang kaum bukan Melayu terutamanya dalam aspek kedudukan ekonomi.  
Terdapat sesetengah pihak terutamanya pemimpin politik seperti tidak berpuas hati dengan apa yang termaktub dalam Perkara 153. Sebenarnya mereka inilah punca kepada perpecahan. Sewajarnya, pemimpin politik kaum lain mempromosikan perpaduan dan menyedarkan kaumnya bahawa keistimewaan diberikan kepada Masyarakat Melayu dan bumiputera merupakan satu hak yang wajar kerana masyarakat ini merupakan pribumi negara ini. Perkara 153 ini tidak bermaksud untuk menafikan kedudukan kaum lain sehingga membuatkan mereka merasa seperti merempat. Bahkan, kaum bukan melayu di Malaysia antara pelopor ekonomi yang gah  kerana Perkara 153 tidak menghalang kepada bangsa bukan Melayu untuk memakmurkan kedudukan sosial dan ekonomi mereka di negara ini.
Dalam bidang pendidikan pula, walaupun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil.           Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu – UiTM, Cina - KTAR, India – Kolej Tafe. Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan diberikan kepada semua kaum menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan mereka. Selain itu, keistimewaan ini adalah bagi menyeimbangkan peratusan golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera.
Kesimpulannya, Perkara 153 memang wajar dipertahankan dan kaum Bukan Melayu janganlah berasa bimbang kerana kebajikan mereka masih tetap dijaga.

4.4 Pemerintahan Beraja
Sebagai rakyat seharusnya kita menghormati pilihan Malaysia dalam memilih sistem kerajaan negara yang berteraskan prinsip Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Pemerintahan beraja adalah rasional masih dikekalkan di Malaysia. Hal ini kerana Raja Melayu merupakan simbol perpaduan dan keharmonian negara. Sistem beraja di Malaysia menjadi naungan dan simbol taat setia rakyat jelata. Tanpa raja, rakyat dan pemimpin menjadi sama. Tradisi pemerintahan beraja di Tanah Melayu sudah diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal Negara Malaysia. Ia melambangkan kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara. Sultan Perak,Sultan Azlan Shah telah bertitah bahawa sistem raja sebenarnya memberi satu perimbangan peranan dan perimbangan kuasa demi menjamin kesejahteraan warga dan negara.[23]
Pengimbang kuasa adalah apabila raja memain peranan tidak menyebelahi mana-mana-mana bahagian tertentu, tetapi menjamin kecekapan serta kestabilan antara kehakiman, perundangan dan eksekutif di negara ini. Malah, keseimbangan kuasa berlaku apabila raja berperanan bagi memastikan tidak wujud campur tangan di antara tiga badan itu.

Sebagai sebuah negara Malaysia perlu mempunyai satu identiti yang berbeza dan unik. Inilah yang mendasari bentuk dan menyediakan isu kepada upacara rasmi negara. Kewujudan sistem beraja dengan sendirinya menekankan ciri-ciri kemelayuan [Abdul Aziz Bari, 1999].

Ketaatan kepada raja dan negara akan dapat memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Walaubagaimanapun, perkara ini timbul dengan konsep yang baru iaitu raja berperlembagaan bagi mengelakkan berlakunya tindakan raja yang mengubah dasar sehingga menyulitkan rakyat. Dengan konsep baru ini, institusi beraja tetap wujud dan disanjung namun raja-raja perlu juga mengikut lunas lunas perlembagaan yang ditetapkan.
            Dalam membentuk sebuah negara bangsa, rakyat berbilang kaum mestilah menghormati sistem ini. Namun begitu, yang membimbangkan dinihari ialah apabila masyarakat melayu sendiri yang mempersoal ketuanan raja dan rasionalnya sistem itu masih dipertahankan.[24] Hakikatnya melalui Sistem Raja Berpelembagaan inilah yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling beradab dalam kalangan negara Islam apabila berjaya membanteras sikap pelampau yang boleh mencetuskan masalah negara. Ketua felo penyelidik Institut Kajian Islam Lanjutan Antarabangsa Malaysia (IAIS) Dr Cristoph Marcinkowski[25] berkata sikap pelampau boleh dianggap sebagai punca utama lahirnya tindakan ganas dan ancaman ini telah berjaya dibanteras oleh Malaysia melalui peranan Raja Berperlembagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan sistem pemerintahan raja berpelembagaan dan demokrasi berpalimen telah mewujudkan keaman dan kestabilan politik serta membolehkan perlaksanaan pembangunan secara terancang dan tertib sehingga membawa manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.
 “Hasilnya taraf hidup rakyat telah berjaya ditingkatkan dengan ketara dalam hanya tempoh 50 tahun.[26]
“Kita juga telah berjaya mentransformasikan negara daripada sebuah negara pertanian yang berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden berpendapatan tinggi,” [27].
Manakala Kay Kim menyatakan bahawa british pada lewat abad ke 19 mengakui peranan raja sangatlah penting dalam masyarakat tempatan. Tanpa raja 'the people will be just a mob' (rakyat akan menjadi seperti samseng)," ujarnya.[28]
Konklusinya, sistem raja berpelembagaan harus dikekalkan kerana ia menyumbang lebih banyak kebaikan daripada keburukan kearah membentuk Negara bangsa.

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, formula kontrak sosial yang telah dipakai sejak 50 tahun yang lalu telah berjaya membentuk satu negara bangsa yang bersatu padu tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Formula ini penting dalam menjayakan visi dan misi negara ke arah negara maju menjelang wawasan 2020. Walaupun dengan simbol Melayu seperti bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa Bumiputera sebagai penghuni asal, lambang kuasa Melayu dalam bentuk pemerintahan beraja dan Islam selaku agama Persekutuan, kepentingan asas kelompok lain tidak sekali-kali terjejas.  Malah ia, sama ada dalam bentuk kelayakan ekonomi mahupun kebebasan budaya, dilindungi dengan cukup sasa dalam Perlembagaan Persekutuan.  Legitimasi watan ini yang seolah-olah mengenakan kedominanan Melayu sebenarnya terus membenarkan, misalnya bahasa ibunda kelompok lain dikembangkan. Ini termaktub pada Artikel 152. Dengan ini, pendidikan vernakular Cina misalnya, bukan saja berkembang dengan pesat di negara ini, malah menjadi sistem paling lengkap di Asia Tenggara.  Walaupun Islam menentukan kelakuan moral nasional, bukan saja kebebasan beragama diperuntukkan pada Artikel 3, keunggulan Islam tidak sekali-kali diguna untuk menjadikan agama lain tidak penting di Malaysia.  Untuk Malaysia bergerak ke hadapan, khususnya mencapai status negara maju seperti dihasratkan dalam Wawasan 2020, penghayatan kepada kontrak sosial adalah satu-satunya alat yang mampu membawa perubahan ke arah itu. 
Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah yang lebih agresif dalam memberi pendidikan berkaitan Perlembagaan negara kepada semua lapisan masyarakat. Dengan cara ini dapat membentuk masyarakat yang mengetahui hak dan keperluan sebagai warganegara dan juga hak negara terhadap individu yang menjadi warganegaranya. Semua kaum di Malaysia harus menghormati hak yang telah ditetapkan oleh perlembagaan. Masyarakat bukan Melayu perlu memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan pengaruhnya kepada negara  manakala kaum bumiputera pula harus memahami hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah bermastautin, lahir dan membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling memahami.  Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain tidak dipertikaikan sebaliknya kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus menghayati semangat kontrak sosial ini dengan menolak keganasan perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme. Disamping memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk dalam Negara kita.  

RUJUKAN
Internet



Buku
1)    Kemelut Politik semenanjung Tanah Melayu, Ramlah Adam 1998, Penerbit Universiti Malaya.
2)    Kenegaraan Malaysia, Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail dan Zaini Othman, Oxford Fajar sdn. Bhd, 2005.
3)    Politik, isu-isu integriti:2000-2008, Anis Yusal Yusoff dan Zubayry Abady Sofian, Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
4)    Politik dan Dasar Awam Malaysia, Ahmad Atory Hussain, Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd



[1] Kamus Dewan Edisi Keempat 2001.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,hlm.788
[2] Kenegaraan Malaysia, Ruslan zainuddun, mohd mohadee ismail, zaini Othman, oxford  fajar sdn. Bhd.
[3] Malayan Union Gazette G.N 2/1946
[4] Dasar kerajaan Malaysia Union :
a)       Pentadbiran terletak di tangan gabenor
b)       Majlis Mesyuarat Undangan dan Eksekutif diadakan
c)       Majlis Penasihat Agama dengan gabenor menjadi pengerusinya
d)       Kerakyatan boleh didapati dengan
                                 i.            Lahir di negeri-negeri Malayan Union dan Singapura
                                ii.            Yang telah tinggal 10/1 tahun di Malayan Union
                              iii.            Yang telah tinggal 15 tahun di Singapura
                              iv.            Rakyat British tetapi tidak hilang kerakyatan Britisj
                                v.            Orang yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union
[5] Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union 1946-1948,  Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu, hlm.1-28.
[6] Fasal 16 (1)(f) daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu G.N. 6/1948
[7] Malaysia, 1972. Perlembagaan Persekutuan (Terjemahan), Jabatan Peguam Negara, Jabatan Cetak Kerajaan, K.Lumpur, hlm. 171-172.
[8] Perkara 152 (6) “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.
[9] Fasal 50 daripada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948: ‘Kuasa majlis Perundangan untuk membuat Ordinan Persekutuan meluaskan penerimaan dalam Persekutuan, setakat yang patut, Common Law, undang-undang perdagangan dan kaedah ikuiti seperti yang ditadbirkan di England dan penerimaan dalam Persekutuan atau sebarang Akta Parlimen, dengan penyesuaian yang tertentu seperti yang difikirkan perlu untuk menyesuaikan dengan keperluan dan keadaan di Persekutuan”.
[10] Seksyen 44, perlembagaan Malayan Union.
[11] Seksyen 67, Perlembagaan Malayan Union.
[12] Fasal 35, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
[13] Ini dibangkitkan oleh Onn Jaafar dalam warta Malaya,  23 Oktober 1930 dengan menyatakan bahawa, ‘…..kurang semakin lama semakin kurang. Lihatlah sekarang berapa banyak pemberitahu-pemberitahu, kenyataan dan berbagai karangan berkenaan pejabat tanah, mahkamah, cukai dan lain-lain dalam bahasa Inggeris, padahal tujuannya kepada orang Melayu…’ Abdul Rahim Kajai juga membangkitkan hal yang sama. ‘Mengikut Kajai penggunaan bahasa Melayu tidak dihiraukan oleh kerajaan Inggeris di dalam menjalankan pentadbirannya di tanah Melayu’. Abdul Latif Abu Bakar, op cit.’ 163.
[14] Perkara 11(4) “undang -undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang yang menganuti agama Islam.”
[15] Perkara 12(2) “adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyelenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.”

[16] Berita Harian, Kembali angkat martabat bahasa Melayu, 14.2.2011.
[17] Laporan Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960)
[18] Pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Ramlah Adam, Penerbit Universiti Malaya, hlm. 247
[19] Utusan online,29.7.2008. Bahasa Melayu mampu mantapkan perpaduan kaum.
[20] Utusan Online. 8.3.2011. Jangan bangkit isu perkauman.
[21] Utusan Malaysia, 24.2.2011, Memorandum kepada Agong.
[22]Nazaruddin hj Mohd Jali, op.cit.
[23] Berita Harian, 18.3.2010, Sultan Perak bimbang tuntutan bercanggah perpaduan.
[24]Utusan Malaysia, 24.11.2009, Ramai rakyat masih tidak faham kedudukan raja.
[25] He is a German scholar working interdisciplinary in Islamic and Middle Eastern, as well as Southeast Asian and Security Studies. Since September 2008 he is a principle Research Fellow at IAIS Malaysia, as well as Associate Editor of its journal Islam and Civilisational Renewal.
[26] Utusan Malaysia, 23.11.2010. Menjamin kestabilan politik.
[27] Ibid.
[28] Utusan Malaysia, 24.11.2009, ramai rakyat tidak faham kedudukan raja, Kay Kim.

Saturday, November 13, 2010

Model-model Disiplin Bilik Darjah

1.0  PENGENALAN

            Dalam era globalisasi, dunia pendidikan manjadi semakin mencabar. Profesion keguruan bukanlah satu kerjaya yang mudah dan di pandang enteng lagi. Jika dulu guru hanya masuk ke kelas dan memuntahkan ilmu kepada murid-murid tapi kini guru dibebani dengan tanggungjawab dalam melahirkan generasi yang berilmu sejajar dengan misi dan visi Wawasan 2020. Oleh itu, guru dituntut untuk mengetahui serba serbi termasuklah pengurusan bilik darjah yang effektif.
            Guru yang mengambil peranan dalam membentuk modal insan yang bermadani untuk Negara, harus bijak dalam mengambil langkah untuk menangani murid-murid dan persekitaran pembelajaran. Guru perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Hal ini kerana masalah jenayah yang berlaku di luar sana mampu di bendung dari peringkat awal lagi melalui pendidikan di sekolah.
            Oleh itu, model-model pengurusan bilik darjah  seperti Model Modifikasi Tingkah laku Skinner, Model Disiplin Asertif Canter, Model Akibat Logikal Dreikuts, Model Pengurusan Kelompok Kounin dan Model Terapi Realiti Glasser boleh dijadikan sebagai panduan oleh guru-guru dalam mengurus disiplin bilik darjah dengan lebih berkesan.

2.0  KONSEP DISIPLIN
Perkataan disiplin beraal daripada perkataan Latin disciplina yang bermaksud mengajar. Secara umumnya, disiplin boleh didefinisikan sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. (Kamus Dewan edisi keempat, halaman 356). Selain itu, Chong Leon Keow pula menyatakan bahawa disiplin adalah pencegahan dan pemulihan atau secara keterangannnya adalah latihan yang dijangkakan menghasilkan watak yang khusus atau pada tingkah laku. Beliau juga menyatakan bahawa disiplin juga merupakan hukuman yang bertujuan membetulkan atau melatih seseorang murid. Dalam konteks bilik darjah disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini. Disiplin merupakan salah satu aspek semasa proses pengajaran dan pembelajaran. (Charles 2008) berpendapat disiplin bilik darjah adalah sebahagian daripada pengajaran yang juga meliputi arahan, komunikasi, struktur dan pengurusan bilik darjah juga termasuk hubungan dengan ibu bapa murid.  Menurut ahli-ahli pendidik, terdapat lima model pengurusan disiplin bilik darjah yang boleh dijadikan rujukan kepada guru-guru sekolah bagi membentuk bilk darjah yang kondusif.. Model-model tersebut ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. SkinnerModel Disiplin Asertif CanterModel Akibat Logikal DreikursModel Pengurusan Kelompok KouninModel Terapi Realiti Glasser

2.1  Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner
Secara ringkasnya model Modifikasi Tingkah Laku dipelopori oleh SkinnerModel ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen -elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel,Pengurusan Bilik Darjah, 2008 ). Terdapat  dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif berlaku apabila rangsangan seperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan.Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku murid yang diingini. Manakala peneguhan  negatif pula berlaku apabila rangsangan yang lebih keras diberi. Rangsangan yang dikeluarkan adalah untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Contohnya, cikgu sering kali meleteri pelajar supaya menyiapkan kerja rumah, akhirnya pelajar menyiapkan kerja yang diberi. Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya, Pelajar membuat bising dalam kelas dan guru membuat amaran kepada pelajar. Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas. Pembentukan tingkah laku boleh dilakukan dengan memberikan peneguhan yang berkala setiap kali selepas sesuatu tingkah laku yang diingini ditunjukkan.

2.2  Model Disiplin Asertif Canter
Lee and Marlene Canter menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Discipline: A Take-Charge Approach for Today’s Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas. Model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas).  Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Oleh itu, penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar. Hak tersebut adalah seperti hak guru adalah mengajar tanpa gangguan. Jadi guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Manakalah hak murid ialah untuk belajar dalam persekitaran kondusif. Jadi murid perlu memilih dalam bertingkah laku. Canter berpendapat guru yang asertif harus jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid. Di samping itu juga, guru yang asertif perlu memberikan pengiktirafan kepada murid-murid untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini manakala tindakan pembetulan dikenakan kepada murid-murid yang mengganggu hak murid-murid lain untuk belajar dengan selesa. Dalam model Asertif ini, Canter ada memperkenalkan Langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah. Langkah-langkah tersebut ialah:
Selain itu juga, guru mempunyai beberapa cara untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada murid-murid:
*      bertindak tenang
*       konsisten
*      Berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini.
*      Beri peluang murid luahkan perasaan.
*      Teguran langsung kepada murid peringkat rendah
*      Tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa.

2.3  Model Akibat Logikal Dreikurs
Fokus utama model akibat logikal Dreikurs ini adalah mewujudkan suasana bilik darjah yang bersifat demokratik di mana murrd-murid rasa dipunyai. Oleh itu, guru yang ingin kawalan bilik darjah yang baik tidak seharusnya menggunakan hukuman. Selain itu juga, model ini menekankan guru perlu mengenal pasti punca salah laku dan murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah. Oleh sebab itu murid sendiri perlu dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap  pengurusan disiplin bilik darjah. Terdapat beberapa motif utama salah laku. Motif tersebut ialah:
1. Mendapatkan perhatian : Murid sering kali cuba mendapatkan perhatian guru dengan cara yang salah.
2. Membalas dendam : Murid bertindak balas dendam apabila guru dilihat sebagai bersikap tidak adil dan bersikap autokratik.
3. Mencabar kuasa (konflik) : Apabila murid bertindak mencabar kewibawaan guru jangan bertindak secara emosi. Bertenang, panggil murid secara individu dan cuba kenal pasti punca kelakuan mereka.
4. Menunjukkan kekurangan : Murid yang gagal mendapat pengiktirafan melalui motif sebelumnya mungkin akan bertindak menunjukkan dirinya sebagai seorang yang lemah dan tidak upaya.
Untuk murid-murid yang mempunyai salah laku motif seperti tersebut, Dreikurs telah menyediakan cara untuk menangani murid-murid yang mempunyai salah laku motif iaitu kenal pasti motif murid , bantu murid memahami motif yang ditunjukkan, bantu murid tukar matlamat salah kepada matlamat sebenar, bimbing murid bertanggungjawab ke atas matlamat baharu dan bantu murid melihat akibat di sebalik tingkah lakunya.

2.4  Model Pengurusan Kelompok Kounin.
Model ini  telah dicipta oleh seorang ahli teoris dalam bidang pengurusan bilik darjah iaitu Jacob Kounin. Buku yang berjudul Discipline and Group Management merupakan karya beliau mengenai pengurusan tingkah laku berkesan. Terkenal dengan ‘Konsep Riak’ - apabila seorang murid akur kepada arahan, murid lain juga akan ikut bersama. Ciri-ciri teori ini adalah mengenai teori berkaitan disiplin dan pengurusan kumpulan manakala matlamat teori ini pula ialah pengajaran dengan disiplin dapat dicapai (seiring). Terdapat perkara-perkara utama dalam model Pengurusan Kelompok Kounin. Perkara-perkara tersebut ialah:
1)    Bertindih (overlapping) : Ia merujuk kepada kebolehan guru menguruskan dua atau lebih aktiviti individu atau kumpulan pada masa yang sama.
2)    Merangkumi semua (withitness):  Ia merujuk kepada kebolehan guru membetulkan tingkah laku buruk sebelum ia sampai sesuatau situasi yang tidak boleh dikawal.
3)    Momentum (momentum) : Ia merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan pergerakan yang sesuai sepanjang masa pelajaran.
4)    Kelancaran (smoothness) : Cirinya ialah kontinuiti, tanpa sebarang gangguan.
5)    Fokus kumpulan (group focus) : Iaitu memusatkan perhatian semua murid lain daripada respons seorang murid sedang diberikan.
6)    Menggalakkan akauntibiliti :Ia merujuk kepada komunikasi kepada semua murid bahawa penyertaan mereka semua sedang diperhatikan dan ditaksir.
Implikasi model kounin terhadap tingkah laku bermasalah di dalam kelas adalah seperti berikut:
*      Seorang murid yang melakukan tingkah laku buruk akan mempengaruhi tingkah laku rakan sedarjah yang berada di sekelilingnya. Fenomena ini adalah dikenali sebagai kesan riak (ripple effect).
*      Guru harus sedar semua aktiviti yang berlaku di dalam seluruh bilik darjah dalam setiap masa. Kesedaran ini adalah dikenali sebagai withitness, sesuatu istilah yang dicipta oleh Kounin.
*      Kebolehan memberi peralihan yang lancar antara dua aktiviti dan mengekalkan momentum yang konsisten di dalam aktiviti adalah penting untuk pengurusan kumpulan dengan berkesan.
*      Guru hendaklah berusaha mengekalkan kewaspadaan kumpulan dan menjamin setiap individu mempunyai akauntibiliti dalam pembelajaran, dan memastikan pembelajaran optimal berlaku.
*      Kebosanan murid boleh dielakkan dengan memupuk perasaan kemajuan atau kejayaan, menambah pelbagai aktiviti dalam kurikulum dan alam bilik darjah.

2.5  Model Terapi Realiti Glasser
Diperkenalkan oleh William Glasser merupakan pengasas kepada terapi realiti. Beliau dilahirkan di Cleveland Ohio, California pada tahun 1925. Pada tahun 1944, ketika berumur 19 tahun, Glasser telah mendapat ijazah pertamanya dalam bidang kejuruteraan kimia dari Case Institute of Technology. Pada tahun 1956, Glasser telah menjadi ketua psikiatarist di Ventura School for Girls, iaitu sebuah institusi yang dikendalikan oleh kerajaan California untuk merawat gadis-gadis yang rosak moral dan melanggar peraturan atau undang-undang. Dalam tahun 1961, Glasser menghasilkan bukunya yang pertama iaitu Mental Health or Mental Illness yang menjadi asas kepada teknik dan konsep terapi realiti.
Terapi realiti berlandaskan 3 prinsip berikut:
*      Setiap individu bertanggungjawab ke atas tingkah laku masing-masing.
*      Setiap individu berupaya untuk berubah dan hidup secara berkesan sekiranya diberikan bimbingan dan sokongan.
*      Setiap individu bertingkah laku mengikut cara tertentu agar dapat membentuk persekitaran mengikut kehendak masing-masing.
Pelan pengurusan bilik darjah Glasser ialah guru hendaklah melapangkan masa untuk mengenal pasti punca tingkah laku bermasalah murid tersebut. Seterusnya guru perlu mempertimbangkan cara penyelesaian. Guru juga perlu berusaha mencegah salah laku melalui dua cara iaitu berikan latihan dalam kelas yang menarik dan bina hubungan yang positif dengan murid. Selain itu, guru harus mempertingkatkan cara penyoalan. Guru juga perlu mengadakan perbincangan dengan murid-murid. Murid dikehendaki membentuk satu pelan yang mengandungi tindakan positif dengan bantuan guru. Jika tidak berkesan,murid diasingkan dengan menggunakan time-out dalam bilik darjah. Murid dihantar ke satu lokasi yang selesa tetapi tidak mengancam orang yang menyelia mereka. Bagi murid yang di luar kawalan, guru hendaklah menghubungi ibu bapa untuk berpindah sekolah. Jika masih serius, rujuk murid kepada pihak berkuasa.

Elemen Disiplin Yang Berkesan Glassser:
      Membantu murid membuat pilihan yang wajar
      Mengajar murid memikul tanggungjawab secara peribadi
      Menangani tingkah laku masa kini, bukan masa lampau
      Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka
      Membantu murid merancang ke arah perubahan tingkah laku
      Percaya bahawa murid boleh berubah ke arah positif


3.0  LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH DISIPLIN
Peranan seorang guru kian bertambah dan menjadi semakin kompleks dengan berkembangnya dunia pendidikan era ini.  Masalah-masalah disiplin sering berlaku di dalam bilik darjah menyebabkan pengajaran dan pembelajaran terganggu. Bagi melicinkan proses P&P dan mengelakkan pembaziran waktu, guru yang proaktif seharusnya menangani masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah dengan segera dan pantas.
Masalah disiplin seperti meniru kerja, menipu, kurang memberikan respons ketika sesi soal jawab, meninggalkan bilik darjah dengan kerap dan tidak hormat kepada guru, sememangnya dapat di atasi dengan mudah jika guru menggunakan beberapa langkah yang telah di sarankan oleh para cerdik pandai sebagai panduan melalui model-model pengurusan bilik darjah yang telah mereka perkenalkan. Sebagai seorang guru, terpulanglah kepada kita untuk memilih model mana yang lebih baik atau mengadunkan model-model tersebut supaya menjadi satu acuan yang baik dalam mengawal masalah disiplin murid di dalam kelas.
Terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan bagi membantu guru-guru dalam menangani masalah disiplin antaranya ialah membina hubungan positif antara guru dan murid, menetapkan set peraturan dan rutin bilik darjah, terangkan plan pengurursan disiplin kepada murid, memberi teguran dan kaunseling,

3.1  Membina hubungan positif antara guru dan murid.
 “Building meaningful and genuine relationships with and among your students is an essential aspect creating a learning environment that support their learning and promotes their positive classroom behaviour (McAdams & Lambie 2003; Schaps,2003). Berdasarkan petikan ini, saya berpendapat bahawa langkah pertama yang patut di ambil bagi menangani masalah disiplin ialah guru perlu membina hubungan positif dengan murid bermula daripada hari pertama penggal persekolahan sepertimana turut  disarankan oleh Glasser. Hal ini kerana hubungan yang positif ini dapat mengurangkan emosi-emosi negatif sebaliknya menggalakkan emosi-emosi positif. Pendekatan ini membuatkan murid merasa dihargai oleh guru sekaligus memotivasikan murid dalam menghasilkan tugas-tugas pembelajaran dengan baik. Perkara yang lebih penting ialah, hubungan positif ini melahirkan rasa hormat murid kepada guru. Menurut Good dan Brophy (2002), guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Guru akan dipandang tinggi oleh murid-murid dan membawa kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif. Oleh yang demikian mudahlah guru untuk mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Masalah disiplin seperti yang telah dinyatakan pasti tidak akan berlaku lagi. Hal ini kerana murid-murid akan memberi kerjasama kepada guru. Hubungan yang baik antara guru-murid akan memberi peluang kepada murid untuk menjalinkan kerjasama yang erat dengan guru. Seterusnya membolehkan guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid-muridnya serta memberikan peneguhan yang sesuai. Selain itu guru dapat membentuk peribadi yang mulia terhadap pelajar sekaligus mengurangkan masalah disiplin.
Bagi membina hubungan positif antara guru dan murid, guru mestilah ingat nama murid dan panggil murid dengan nama masing-masing. Guru dinasihatkan supaya tidak memanggil murid-murid dengan nama-nama ganti diri yang am, panggil dengan menunding jari dan panggilan-panggilan yang tidak disukai oleh murid kerana ia boleh mengakibatkan murid berasa benci kepada guru. Sebagai contoh ialah “Kamu yang pakai cermin mata tu........” atau “Poh Bedah, banyak sangat ye kamu bercakap......” atau “Awak yang mata sepet tu......”. Sebaliknya berlaku pabila guru mentgingati nama murid dan memanggil mereka dengan panggilan yang betul. Mereka akan merasakan guru sedar akan kewujudan mereka didalam kelas disamping menunjukkan usaha guru untuk mengenali mereka. Sekaligus hubungan positif dapat dibentuk dengan cepat. Hal ini akan menolong guru untuk mengawal tingkah laku murid didalam kelasnya.
Disamping itu, strategi lain yang boleh diambil bagi meningkat hubungan positif antara guru-murid sekaligus membantu guru untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah ialah guru menunjukkan keprihatinan, kasih sayang dan sikap mengambil berat tehadap keperluan murid-muridnya. Kebiasaannya murid-murid melakukan masalah disiplin kerana keadaan persekitaran yang menyebabkan muri-murid gagal memenuhi keprluan-keperluan asas mereka disekolah antaranya ialah rasa dipunyai dan disayangi. Menurut Glasser kebanyakan perencanaan pengurusan bilik darjah berlaku dengan salah sebagaimana yang beliau katakan,“ We are far too concerned  with discipline, with how to ‘make’ student follow rules, and not enough with concerned with providing the satisfiying education that would make our ever concerned with discipline unnecessaray”.   Oleh itu hubungan baik antara guru-murid adalah amat penting bagi memenuhi keperluan-keperluan asas murid dan membantu dalam mengurangkan masalah dalam bilik darjah.
Dalam mengekalkan hubungan yang baik antara guru dan murid, guru perlu mengelak daripada mengamalkan tujuh tabiat yang telah dinyatakan oleh Glasser iaitu mengkritik, suka mencari kesalahan murid, kuat merungut, menggugut, kuat berleter, suka mendenda dan kerap memberikan ganjaran.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
3.2  Menetapkan set peraturan bilik darjah.
Langkah kedua ialah, sejak awal sesi persekolahan lagi, guru perlu berbincang dengan murid-murid untuk menetapkan satu set peraturan yang utama yang menjadi asas kepada bilik darjah. Peraturan ialah penyataan yang memaklumkan tingkah laku yang boleh diterima di dalam bilik darjah. Selain itu, peraturan juga merupakan satu bentuk peringatan dan autoriti kepada nilai moral murid-murid. Dari semasa ke semasa, guru boleh membuat tambahan peraturan, tetapi asasnya adalah pada peraturan asas tersebut. Peraturan bilik darjah ini adalah penting untuk dibentuk dan dikuatkuasakan kerana ia dapat memastikan aktiviti bilik darjah berjalan dengan lancar tanpa gangguan tingkah laku yang tidak diingini. Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu guru perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Untuk mencapai persekitaran yang kondusif, keperluan guru dan murid perlu dipenuhi melalui pengurusan bilik darjah yang asertif. Hal ini boleh dilakukan dengan mengadakan peraturan tingkah laku yang yang jelas di dalam bilik darjah.
Misalnya, guru kelas Tahun Tiga Merah dan murid-muridnya bersama-sama menetapkan peraturan-peraturan kelas pada awal tahun. Salah satu peraturan adalah mengenai murid yang tidak membawa buku teks yang berkenaan ke sekolah, akan dihukum berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Pada suatu hari, salah satu murid cemerlang dalam kelas tersebut, Sally telah terlupa membawa buku teks Bahasa Melayu ke sekolah. Guru harus menghukumnya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan tanpa mengira pencapaian akademik murid tersebut adalah cemerlang atau lemah. Maka, guru menghukum Sally berdiri di dalam kelas sepanjang waktu kelas tersebut sambil berkongsi dengan rakan yang duduk di bersebelahannya. Dengan cara ini, Sally akan mengingatkan diri supaya tidak akan mengulangi kesalahan yang sama pada masa yang akan datang. Selain itu, semua murid dalam kelas akan menyedari kepentingan mematuhi peraturan kelas yang telah ditetapkan. Dengan berlakunya kes Sally, murid-murid yang lain juga akan mengingatkan sendiri supaya elak daripada mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh Sally.
Walhal begitu, guru perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara semasa membentuk peraturan di dalam bilik darjah, antaranya ialah ayat peraturan mestilah ringkas dan jelas. Hal ini kerana murid akan mengalami kesukaran dalam memahami dan mengingati peraturan yang panjang dan berbelit. Seterusnya, set peraturan yang dibentuk seelok-eloknya bermakna dan hendaklah dipersetujui oleh semua warga kelas dan bukanlah di buat secara autokratik oleh guru semata-mata. Amalan demokrasi ini akan memberikan peluang kepada murid untuk merasakan bahawa mereka sebahagian daripada warga bilik darjah dan bukan hanya pemerhati. Disamping memberi peluang kepada guru untuk mengambil kesempatan untuk berbincang bersama murid tentang kepentingan peraturan bilik darjah. Selain itu, guru juga perlu mengambil perhatian terhadap bilangan peraturan. Peraturan metilah dihadkan bilangannya kerana peraturan yang terlalu banyak boleh mengelirukan murid. Peraturan yang dibentuk hendaklah diselarikan dengan peraturan sekolah. Contoh peraturan ialah :                 
Peraturan Kelas 2 Amanah
a)    Menghormati guru dan rakan-rakan yang lain
b)    Sentiasa memberi kerjasama dan respons semasa proses P&P.
c)     Tidak boleh meniru kerja rumah rakan lain.
d)    Menepati masa.
e)    Menjaga kebersihan bilik darjah
f)      Mematuhi peraturan sekolah.

3.3  Terangkan pelan pengurusan disiplin kepada murid.
Langkah seterusnya merupakan langkah yang penting bagi memastikan peraturan yang telah ditetapkan bersama murid-murid semasa langkah kedua terlaksana dengan berjaya. Guru perlu mengajar dan membimbing murid-murid tentang pelan pengurusan disiplin yang dibentuk sebagaimana yang telah di sarankan dalam Model Asertif Canter. Langkah pertama yang boleh digunakan untuk menerangkan pelan-pelan pengurusan disiplin kepada murid ialah dengan menerangkan kenapa peraturan-peraturan tersebut diperlukan. Sebagai contoh guru menerangkan kepada murid bahawa meniru kerja rumah rakanyang lain sebenarnya membawa kerugian kepada diri murid itu sendiri. Mereka tidak dapat menguasai sub topik yang di ajar oleh guru. Terlalu kerap meninggalkan bilik darjah pula akan mengakibatkan mereka ketinggalan maklumat-maklumat dan isi pelajaran yang penting. Seterusnya guru memberi penerangan bagaimana peraturan tersebut akan dilaksanakan. Contohnya guru menghadkan murid ke tandas sekali sahaja untuk suatu mata pelajaran kecuali hal-hal kecemasan. Guru perlu meastikan samada murid faham atau tidak peraturan yag telah di terangkan. Hal ini kerana, jika murid tidak memahami peraturan yang telah ditetapkan, mereka mungkin akan mengulangi kesalahan disiplin yang sama. Tingkah laku yang diingini pasti tidak dapat di bentuk. Kemudian, guru memaklumkan tentang ganjaran yang diterima jika mereka mematuhi peraturan bilik darjah. Pada peringkat ini guru boleh memberi pengiktirafan bagi yang mematuhi peraturan dan mengenakan tindakan pembetulan bagi kepada sesiapa yang melanggar peraturan sepertimana yang disarankan oleh Canter. Canter mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru untuk mengenakan tindakan pembetulan kepada muri-murid antaranya ialah kenakan tindakan pembetulan keatas salah laku yang ditunjukkan dengan tenang. Sebagai contoh, Firdaus awak telah meniru kerja rumah Janah, kamu telah memilih untuk membuat 10 soalan yang lain yang akan saya berikan”. Seterusnya tindakan tersebut haruslah konsisten iaitu tindakan yang sama dikenakan pada kesalahan yang sama yang ditunjukkan oleh mana-mana murid. Guru juga memberi peluang kepada murid untuk meluahkan perasaan. Murid-murid mungkin melakukan kesalahan akibat tertekan atau faktor luar seperti masalah di rumah, mangsa penderaan dan sebagainya. Penguhan boleh diberikan bagi mereka yang telah membuat perubahan tingkah laku.          Seterusnya, langkah keenam untuk penerangan pelan pengurusan bilik darjah ialah guru perlu memastikan lagi sekali kefahaman murid terhadap pelan tersebut. Untuk menerangkan kepada murid, guru boleh membuat kaedah main peranan untuk menerangkan peraturan, ganjaran dan tindakan pembetulan. Pelan Pengurusan Bilik Dajah ini adalah bertujuan untuk memastikan murid memahami mengapa peraturan ditetapkan dan untuk memastikan murid faham bagaimana untuk melaksanakan peraturan tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan jika melanggarnya. Hal ini kerana, kadangkala masalah disiplin berlaku bukan kerana murid tersebut nakal atau bermasalah sebaliknya mereka tidak tahu bagaimana untuk melaksanakan disiplin dan tingkah laku yang diingini oleh guru. Oleh sebab itu Pelan ini penting untuk diterangkan kepada murid-murid kerana ia akan membatu mengurangkan masalah disiplin dalam bilik darjah. Secara ringkasnya langkah-langkah Penerangan Pelan Pengurusan Bilik Darjah boleh dirumuskan seperti dibawah:
Rajah 1 langkah-langkah Penerangan Pelan Bilik Darjah.

3.4  Memberi teguran dan Kaunseling
Selain tu, guru juga boleh membuat teguran secara langsung kepada murid untuk peringkat rendah dan teguran secara individu untuk murid yang lebih dewasa. Menurut Kounin, tindakan atau teguran guru terhadap seseorang murid yang melakukan kesalahan akan turut memberi kesan kepada murid-murid lain di dalam bilik darjah. Menurutnya lagi teguran mestilah jelas dan guru perlu menyatakan dengan spesifik tingkah laku yang hendak dibetulkan. Elakkan daripada memberi teguran secara umum. Contohnya, 'Ali beri tumpuan.’ Nyatakan dengan lebih spesifik, ‘Ali berhenti bercakap dengan Atan, dan beri  respon kepada perkara yang kita bincangkan tadi’.  Guru juga perlu membimbing murid-murid agar saling ingat mengingati antara satu sama lain tentang peraturan yang telah ditetapkan. Apabila murid faham dan mengamalkan peraturan yang telah ditetapkan, masalah disiplin seperti meniru kerja rumah dan menipu dapat dikurangkan. Jika murid-murid masih terus melakukan kesalahan disiplin seperti yang telah ditetapkan bersama, guru yang proaktif perlu menyelidik bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan murid tersebut tidak berubah kepada tingkah laku yang diingini. Hal ini bertepatan dengan model Dreikurs yang menekankan supaya guru mengenal pasti punca masalah tingkah laku. Apabila guru telah berjaya mengenal pasti punca murid-murid melakukan masalah disiplin, guru boleh mengambil langkah seterusnya dengan berjumpa murid yang bermasalah tersebut secara bersendirian dan berbincang tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Teknik kaunseling ini telah dikemukakan oleh Glasser dalam Model Terapi Realiti. Semasa proses kaunseling ini, guru perlu membantu murid memilih tingkah laku yang sesuai. Glasser mencadangkan guru untuk bertanya murid beberapa soalan seperti “Apakah yang telah kamu lakukan yang telah melanggar disiplin yang telah ditetapkan sekolah?” , “Apakah yang patut kamu lakukan sebenarnya?” , dan “Adakah perlakuan kamu boleh membantu kamu atau kelas kamu?”  Hal ini kerana, William Glasser berpendapat setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan pilihan yang dibuat. Glasser (1969) stresses that “student must make value judgement about what they are doing. Until they realize that what they are doing is wrong, they must suffer the consequence of their behavior.”Guru perlu meyakinkan murid untuk membuat pilihan tingkah laku yang tepat kerana setiap individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka sendiri. Oleh itu, semasa proses kaunseling itu  guru  perlu murid perlu membantu murid untuk menilai apa yang telah mereka lakukan sehingga mereka faham bahawa perbuatan itu adalah salah.

3.5  Pisahkan tempat duduk murid yang bermasalah
Strategi lain yang boleh diambil oleh guru dalam menangani masalah-masalah disiplin seperti menipu, menganggu rakan, kurang memberi respon semasa pengajaran dan pembelajaran, suka meniru kerja rumah dan tidak menghormati rakan ialah guru menentukan dinamika kumpulan di dalam bilik darjahnya. Dinamika kumpulan ialah kumpulan-kumpulan kecil yang terbentuk di dalam bilik darjah yang terdiri daripada beberapa orang murid yang mempunyai nilai dan kencenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai nilai dan kecenderungan yang sama. Mereka saling bergantung dan mempunyai kuasa atau daya untuk menggerakkan ahli-ahli kumpulan tersebut. Kuasa ini boleh mendorong ahli-ahli kumpulan untuk berkelakuan mengikut nilai atau kepercayaan yang telah ditetapkan oleh ahli-ahli kumpulan. Sekiranya nilai tersebut berbentuk positif, sudah pasti nilai itu akan memajukan ahli-ahli kumpulan untuk membuat kebaikan tetapi sekiranya nilai yang terdapat dalam kumpulan adalah negatif, maka ahli-ahli kumpulan akan terdorong akan melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan. Nah disini kita dapat simpulkan bahawa kebanyakan masalah disiplin yang berlaku di dalam bilik darjah berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya yang tidak dikawal boleh mendatangkan kesan  kepada pengurusan disiplin bilik darjah. Oleh sebab itulah, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan yang positif yangmana dapat mengurangkan masalah disiplin di dalam bilik darjah. Bagi membantu guru membentuk dinamika positif di dalam bilik darjah, guru boleh melakukan kajian sosiometri seperti bertanyakan soalan-soalan berikut:
a)    Siapakah rakan baik awak di dalam kelas?
b)    Siapakah rakan yang awak pilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti di dalam kelas?
c)    Siapakah rakan kelas yang awak tidak sukai?
Daripada jawapan mereka, guru boleh mengenal pasti pola persahabtan di dalam bilik darjah contohnya:
            Bintang : murid popular yang banyak menerima pencalonan sebagai rakan baik dan rakan untuk menjalankan aktiviti.
            Dyad: pola persahabatan iaitu dua orang murid saling bersahabat. Sebagai contoh Shikin memilih Janah sebagai sahabat dan Janah memilih Shikin sebagai sahabat yang baik dan disukai.
            Klik : Pola persahabatan iaiatu dua atau lebih murid memilih antara satu sama lain untuk menjadi sahabat-sahabat yang disukai.
            Pencilan: murid-murid yang tidak memilih sesiapa sebagai sahabat dan orang lain juga tidak memilih dia sebagai sahabat.
            Singkiran: Murid yang menamakan murid lain sebagai sahabat tetapi murid lain mengatakan bahawa dia tidak disukai.
            Pola persahabatan yang dikenal pasti dapat menolong guru untuk menentukan kumpulan-kumpulan dinamika di dalam bilik darjah. Pola tersebut juga menolong guru untuk melihat murid-murid yang tidak disukai dan terpencil. Maklumat ini akan membantu guru dalam menentukan susunan kedudukan murid di dalam bilik darjah atau semasa aktiviti kumplan dijalankan. Apabila guru dapat menyusun dinamika positif akhirnya masalah disiplin yang boleh menganggu proses pembelajaran dan pembelajaran akan dapat diatasi. Mengikut pengalaman saya dalam mengajar tahun 2 di Sekolah Kebangsaan Tanjng Gahai, Kuala Lipis semasa menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah,  terdapat seorang murid yang selalu menganggu rakannya.  Beliau sering mengejek dan memperlekehkan rakannya itu. Akhirnya semua rakan-rakan di dalam kumpulan tersebut turut mengejek dan memperlekehkan murid tadi. Keadaan ini telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran saya. Akhirnya saya bertanya mengapa “kamu menganggu dia?”. Segala persoalan terjawab apabila  mereka memberitahu mereka tidak menyukai pelajar tersebut. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita harus bijak dalam menangani kes ini. Murid tersebut telah dipindahkan ke kumpulan lain yang boleh menerima dan menyukainya. Maka proses P&P dapat di jalankan dengan lancar tanpa gangguan disiplin. Oleh hal yang demikian, dalam mengurangkan masalah disiplin, guru perlu bijak dalam membentuk dinamika kumpulan.

3.6  Kepelbagaian dalam pengajaran
Strategi seterusnya yang boleh digunakan bagi membantu guru dalam menangani masalah disiplin dan mengawal tingkah laku yan tidak diingini di dalam bilik darah ialah guru menggunakan kepelbagaian dalam pengajaran. Murid-murid akan berasa seronok untuk belajar dan tidak bosan. Hal ini kerana menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid berasa bosan. Pengajaran yang membosankan, tiada kepelbagaian akan medorong kepada berlakunya salah laku murid. Oleh yang demikian, guru harus merancang sebelum beliau masuk ke bilik darjah. Manurut Kounin, perancangan pengajaran mestilah mengambil kira setiap murid di dalam kelas iaitu minat, kebolehan, prestasi, keupayaan, perkembangan dan pengetahuan sedia ada murid-murid. Setiap aktiviti perlu menyeronokkan murid dan mencabar. Perancangan yang rapi ini akan melancarkan dan melicinkan proses P&P dan memastikan semua murid terlibat dalam aktiviti P&P. Apabila guru masuk ke kelas tanpa perancangan yang rapi, mungkin ada murid yang tercicir kerana tidak dapat mengikuti pengajaran. Tanpa perancangan yang rapi juga memberi kemungkinan bahawa masa murid tidak didisi dengan aktiviti dan guru tidak tahu untuk berbuat apa dengan murid-murid. Keadaan ini boleh menjadi tidak terkawal dan seterusnya membawa kepada timbulnya masalah disiplin. Menurut Kounin, guru yang memopunyai momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti p&P. Momentum bagi Kounin merujuk kepada keadaan iaitu guru memulakan pengajaran dengan menarik perhatian murid, meneruskan pengajaran dengan lancar,  melakukan peralihan antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran pada hari itu dengan berkesan. 
            Oleh itu dalam membanteras berlakunya salah laku di dalam bilik darjah, guru perlu manggunakan kaedah atau teknik mengajar yang baru, efektif dan yang dapat merangsang minat murid. Aktiviti yang pelbagai bukan sahaja dapat merangsang minat murid tetapi mewujudkan situasi di mana murid-murid tertunggu-tunggu untuk melihat aktiviti berikutnya. Sebagai contoh untuk memulakan pengajaran, boleh mengguna pelbagai kaedah sebagi set induksi bagi menarik minat murid seperti menggunakan tayangan gambar, video dan lakonan dan discrepant event ( selalu digunakan dalam subjek sains).  Kaedah dan aktiviti yang sama setiap hari tidak memotivasikan atau meransang keinginan murid untuk terus belajar. Selain itu, perkara yang dipelajari harus bermakna kepada murid agar mereka dapat memahami kepentingan topiktersebut dalam kehidupan mereka. Aktiviti yang membosankan dan tidak bermakna akan menimbulkan keresahan dalam kalangan murid dan seterusnya menimbulkan tingkah laku yang tidak diingini. Oleh sebab itulah, sekali lagi saya tekankan disini, agar guru menggunakan teknik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Guru boleh merujuk teori-teori pembelajaran seperti pembelajaran behavioris, sosial dan sosial kognitif, pembelajaran penemuan Bruner, konstruktivisme,dan  humanisme dalam membentuk teknik dan kaedahkaedah pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan pelbagai.

3.7  Menggunakan modifikasi tingkah laku
Langkah seterusnya yang boleh diambil dalam menangani masalah disiplin dan tingkah laku oleh guru ialah melalui modifikasi tingkah laku. Masalah tingkah laku secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai perbuatan atau tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh setiap pelajar semasa berada di dalam bilik darjah. Perlakuan ini jika dilakukan secara konsisten dan berterusan dalam jangka masa yang lama akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan seterusnyamenghalang mereka terlibat secara aktif di dalan atau di luar bilik darjah. Oleh itu, saya mencadangkan guru untuk menggunakan modofikasi tingkah laku seperti yang disarankan oleh B.F Skinner. Modifikasi tingkah laku ialah langkah-langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negatif kepada positif. Langkah yang bersisitematik ialah mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah, menetapkan matlamat, menentukan strategi bertindak, merancang prosedur atau plan tindakan, melaksanakan strategi mengikut plan bertindak, menilai keberkesanan dan mengubah plan jika perlu dan memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah, kepada tingkahlaku positif, menyelesaikan tingkah laku bermasalah yang berlaku, demi membentuk iklim bilik darjah yang berdisiplin dan kondusif untuk melicinkan perjalanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Modifikasi tingkah laku adalah suatu pendekatan yang bersistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman dan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Elemen-elemen luaran ini berbentuk peneguhan-peneguhan yang menjadi rangsangan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Terdapat dua jenis peneguhan  yang ditekankan oleh Skinner iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan yang diingini (atau tidak diingini) ditambah. Peneguhan positif digunakan sebagai ganjaran untuk mendorong murid–murid memberi tumpuan semasa belajar seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya. Manakala peneguhan negatif ialah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan ditambah dengan memindahkan atau menghapuskan stimuli yang mengganggu. Sebagai contoh, semua murid darjah Enam Melur membuat dan menyiapkan tugasan sendiri tetapi terdapat seorang murid yang bernama Ali meniru kerja rakan yang lain. Ali turut membuat bising dan   menganggu rakan-rakan lain. Oleh yang demikian guru boleh memberi peneguhan ppositif kepada murid-murid yang membuat tugasan sendiri seperti pujian dan boleh juga memberi hadiah kepada murid yang menghantar tugasan paling awal. Dalam masa yang sama, Ali yang merupakan seorang murid yang membuat bising,  mengganggu rakan dan meniru kerja rumah ini  di arahkan keluar dari kelas supaya aktiviti pembelajaran murid lain berjalan dengan lancar tanpa gangguan. Murid-murid lain yang melihat keadaan itu pasti takut untuk melakukan kesalahan yang sama seperti Ali. Mereka pasti berusaha menyiapkan kerja rumah dengan usaha sendiri. Melalui peneguhan positif dan negatif ini, guru dapat mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan membentuk satu iklim bilik darjah yang kondusif bebas dari gangguan masalah disiplin.
Selain peneguhan modifikasi tingkah laku boleh dijalankan dengan memberi dendaan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang tidak diingini seperti meniru kerja rumah, tidak menghormati guru dan dan sebagainya. Dendaan merupakan tindakan yang dikenakan bertujuan untuk menghentikan sesuatu tingkahlaku negatif. Ianya menggunakan hukuman yang memang diketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan memastikan hukuman itu relevan dan berpatutan. Guru juga boleh memberhentikan tingkah yang tidak diingini dengan menukarkan tempat duduk atau berjumpa selepas waktu belajar. Menurut Skinner denda hanya boleh memberi kesan dalam tempoh yang singkat sahaja.Selepas itu biasanya murid itu akan mengulanginya semula. Sekiranya murid didenda kerana kelemahan dirinya dalam akademik mungkin akan menyebabkan hilang minat murid terhadap bidang tersebut. Oleh itu, saya berpendapat, guru tidak boleh mengunaan teknik dendaan yang kerap di dalam bilik darjah. Sebaliknya ia dikenakan apabila keadaan sudah tidak terkawal lagi seperti mendenda murid tersebut berdiri di luar kelas kerana sering datang lambat ke kelas walaupun telah diingatkan beberapa kali atau murid tersebut lewat melebihi setengah jam. Teknik seterusnya dalam modifikasi tingkah laku ialah reverse psyclogy yang merupakan Teknik psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ianya memerlukan guru mahir dalam memahami psikologi murid yang berkenaan, serta mengenali sikap, pandangan dan pemikiran dalamannya.Tujuannya ialah untuk menginsafkan murid sekaligus membuang tingkah laku negatif dan membentuk tingkah laku yang baik. Oleh yang demikian, modifikasi tingakah laku merupakan satu cadangan yang amat berkesan dalam menukarkan tingkah laku negatif kepada positif sekaligus mengurangkan masalah disiplin. Namun begitu bagi mengubah tingkah laku yang tidak diingini peneguhan positif hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.

4.0  Kesimpulan

Seorang guru mempunyai tugas dan peranan yang amat penting dalam mendidik anak bangsanya. Oleh sebab itu, segala yang berlaku di dalam bilik darjah sangat penting. Guru yang bertangungjawab mencorakan pengajaran dan pembelajaran harian murid-murid. Dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bergerak lancar, guru perlu memastikan disiplin murid dalam keadaan terjaga dan terkawal supaya matlamat pengajaran terkawal. Oleh sebab itu, lahirnya model-model pengurusan disiplin bilik darjah dalam membantu guru-guru membentuk disiplin murid. Maka terpulang kepada-guru untuk menjayakan model-model tersebut atau mengadunkannya untuk dijadikan strategi yang ampuh dalam membentuk disiplin murid. Ini disebabkan disiplin sangat memainkan peranan penting bukan sahaja di dalam bilik darjah malah mempengaruhi sepanjang hidup murid tersebut.